Sunday, January 15, 2012

Surah Al-Fatihah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

Penterjemahan:
  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  2. Segala Puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat)
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
Maksud:

Al-Fatihah bermaksud pembukaan kerana surah ini adalah pembuka Al-Quran. Nama lain surah ini adalah 'Ibu Quran' atau 'Ibu Kitab' kerana surah ini mencerminkan seluruh intipati Al-Quran. Surah ini juga dinamakan
As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud
'tujuh' kerana surah ini diulang-ulang bagi setiap solat. Dalam melaksanakan solat, surah Al-Fatihah harus dibacakan dalam setiap rakaat. Membaca Al-Fatihah pahalanya adalah satu pertiga Al-Quran.

Ayat pertama menunjukkan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita. Banyak nikmat telah kita terima dari Allah contohnya nikmat udara, penglihatan, pendengaran dan sebagainya.

Ayat kedua menegaskan kita supaya bersyukur ke atas anugerah Allah kepada kita. Di antaranya adalah anugerah menciptakan, mendidik dan menumbuhkan. Segala anugerah yang dilihat dalam diri seseorang sendiri berpunca daripada Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa di alam ini. Segala ilmu yang diperoleh dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah dan amat berguna bagi masyarakat.

Ayat keempat bermaksud Allah lah yang berkuasa ke atas kita semua. Allah telah menjanjikan untuk memberi pahala terhadap amalan yang baik dan ancaman terhadap amalan yang buruk. Umat manusia tunduk kepada kebesaran Allah sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan Allah.

Ayat ketujuh meminta kita supaya berharap mendapat nikmat dan kebahagian dariNya. Dan bayangkanlah jalan orang yang mendapat murka dan azabnya. Bayangkanlah jalan orang yang sesat dan memohon agar dijauhkan dari jalan itu.